SEKILAS PANDANG
PRASEKOLAH SK BANDAR MAS
Prasekolah ‘Mutiara Hati’ mula beroperasi pada tahun 2004.Kelas ini diubahsuai daripada dua buah kelas biasa, dengan keluasan enam bay. Empat bay meliputi ruang pembelajaran manakala dua bay lagi ialah ruang dapur, stor dan tandas.
Majlis Permuafakatan yang pertama kalinya bermesyuarat pada tahun 2004 telah bersetuju memberi nama prasekolah ‘Mutiara Hati’. Kanak-kanak prasekolah SKBM adalah diibaratkan sebagai Mutiara dan Hati iaitu sesuatu yang amat bernilai dan disayangi serta sewajarnya kanak-kanak ini dididik dengan penuh erti kasih sayang.
Guru yang dipertanggungjawabkan untuk membimbing dua puluh lima orang kanak-kanak Prasekolah ‘Mutiara Hati’ ini ialah Puan Robak Iyah bt Isa. Beliau dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid iaitu Puan Halimah bt Hj Nawas (secara kontrak). Seterusnya Pembantu Pengurusan Murid yang hakiki ialah Puan Norana bt. Buyamin. Kanak-kanak Prasekolah ‘Mutiara Hati’ yang pertama seramai 25 orang. Mereka tinggal disekitar Bandar Mas dan dan Felda Papan
Timur.
Timur.